Friday, March 26, 2010

Jiwa kaco

Masak Asam Pedas




Fula~dah 14 hari ako xmenaip dan menghiraukan blog ako tanpa rasa rindu dan pilu..ako sesibuk ngan kursus induksi yang boleh disamakan dengan kursus mayat..

Kursus yang tiada nokhtah coz benda nie adalah benda yang sama sewaktu kursus-kursus ribena yang lain..
Menguji tahap berkepasukanan,cintakan negara,public speaking,sukan rakyat..

Memang klu ako kena stay lagi dalam 2 3 bulan ngan kursus nie memang sifat dan habitat ako akan berubah menjadi remaja yang disayangi masyarakat makcik dan pakcik.

Yang ako xbleh blah,fasilitator kata semua nie kena buat dengan bersemangat coz ada markah..campur lagi ada peksa..klu fail memang kena pergi lagi skali tahun depan even ko dah muka macam pakcik..Jadi bertungkus lumusla mereka membaca buku yang berharga rm12 walaupun buku 2 dia print sebiji macam slide diorang..sehari masa diberikan untuk menghabiskan dalam 200 slides power point mengenai dasar negara,undang2 dan pelbagai lagi perkara harmoni yang boleh merosakkan jiwa anda..Termaasuklah ako juga bersusah payah membaca buku sambil bertemankan laptop yang baru sihat dan berminimizekan mafia wars..




Masa menjawab peksa dah tiba,masa diberikan kurang dari 4 jam untuk jawab objektif dan subjektif..seperti biasa yang lain bermuka ketat di depan dewan sambil bertemankan kertas toyol bertujuan untuk menjadi pencetus minda bila tidak menjawab kelak.

Selepas habis menjawab,tidak sampai beberapa minit..kedatangan fasilitator ako mengumumkan bahawa kami lulus sambil dikelilingi watak ketat yang merasakan diri ini ditipu kerana kertas masih belum ditanda tetapi sudah mengatakan sudah lulus..

Apa motif diadakan ujian?dengan watak hero hindustan seseorang berkata..induksi nie klu nak lulus ko hadir dengan jayanya sahaja dan mengenai ujian..klu korang jawab dalam bahasa tamil pon diorang rasa ko adalah paling genius..

Sekian~

p/s diatas adalah ular yang dimasak tepung tetapi tidak berjaya kerana lupa bubuh garam

Sunday, March 14, 2010

Artis 4 = Hantu Raya


Ok.Hari ini disini dan dimana ako menaip nak citer pasal artis no 4 nie.HANTU RAYA.Susahlah nak cari detail pasal diorang nie.Susah nak dapat info.Paparazi macam ako yang lopek nie mana diorang layan sangat.

Berasal dari Tanah Melayu.Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya,sebaik sahaja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya.Kegemarannya mencuri kuih kuih raya.Tempat menginapnya disyaki di balai-balai raya.



Haha.Itujer ako dapat kat google.Benggong google.Klu korang rasa ako tipu korang maksud ako kena tipula.Tp korang rasa seram skit kan~kan~

Sekian~




Ohh Fatimah~



Lama xdengar lagu camnie.Masa chewgum laris di pasaran~

Tipah Tertipu~








Nie handphone N97 mini. Ada jual kat depan East Cost Mall kat Kuantan. Tengok dari luaran memang sejibik.Tidak dapat dinafikan ketulenan casingnya. 

Semalam bebudak ako pergi beli menatang nie.Dengan muka penuh yakin mempercayai mamat cina yang mengatakan ini barang import dari Singapore.Walaupun dinasihat tetapi mereka dengan yakin mempercayai mamat cina nie.Harganya hanyalah RM500!!!

Shitt!!!Ako punyalah bersusah payah nak dapatkan N97 dengan harga RM2200.Tapi mamat cina nie dengan selamba adap jual RM500.Jatuh martabat N97 ako(berkata dalam hati.Sehingga ada member ako trade in handphone Nokia E72 ori kat cina 2 semata nak dapat handphone dari Singapore nie.

Sehari berlalu~
Mamat A berkata:Babeh~handphone cap ayam.macam-macam application xleh guna.
Mamat B:tuelah.ako rasa macam lain jer N97 mini yang terbaru nie,dahlah slow.Tetiba adalak application versi china lak.
Mamat C:Ako rasa macam dah kena tipu la.Cina 2 ckp nie handphone nokia ori tp dari Singapore.Patutla murah semacam.Standart macam handphone lopek yang dialih bahasa jer.

Lalu mereka ketiga pergi ke kedai itu hari ini untuk mendapatkan balik ganti rugi kerana merasakan handphone ini MADE IN CHINA.

p/s berfikir dahulu sebelum membeli handphone klon murah.ako pon pernah terkena.Iphone mini..haha..xlopek la ako..Sekarang dah jadi hiasan

Sekian~



Saturday, March 13, 2010

Asap Bergerak


Baru 3 hari lepas ako nak bertekad benti hisap rokok..
Hari pertama ako berjaya menghisap 2 batang sehari
Hari kedua ako berjaya menghisap sebatang sehari
Lalu hari ketiga rokok di kotakku sudah habis
Yes,azamku sudah bermula.Katakan TAK NAK pada rokok.Bagi ako rokok itu membazir dan membahayakan kesihatan.Ako ingin jadi manusia baru.Mempunyai paru-paru yang bersih.Ako tidak akan merokok sepertimana dahulu sehari boleh habis sekotak.
Ako menyatakan azamku pada roomate sekalian.Mereka memberi semangat padaku.Ako terharu.Ako tidak akan menghampakan diri ako dan sekalian.Ako bertekad~


Lalu hari ketiga berlangsung~
Bangun pagi.ako gosok gigi,memakai pakaian..


Dan ako menghisap rokok.Dalam hatiku berkata(biasala memula nak start)
Selepas habis pembarisan dan bersedia untuk kawad,mulutku melekat pada rokok.Dalam hatiku berkata(biasala,dugaan nak berhenti)
Selepas habis kawad,sebatang lagi.
Hendak pergi ke kelas,sebatang lagi.
Semasa rehat waktu kelas,2 batang lagi.
Semasa balik kelas,sebatang lagi.
Semasa lepas mandi,sebatang lagi.
Lepas makan malam,sebatang lagi.
Sebelum tido,3 batang lagi

Jadi itulah azamku.

Sekian~

Zaman Batu

Hidup Artis



Bagai sesiapa yang rasa dia berani & teringin sangat nak tengok hantu, ako ada petua nya yanng dapt dari orang hidup zaman lama. Rasanya cara ini berkesan kot.. ( ako tak pernah try lagi coz sibuk ngan rutin harian..lagipon mana ako nak cari benda nie..nak kuar pon  payah )
hehe.


1 step :
Korang cari tempurung kelapa.Ambil setengah,lepas tu tebuk dan buat lubang dkt tengah-tengah.

2 step :
Cari arang kayu, conteng kat muka

3 step :
Cari rumah orang meninggal. Set masa, tunggu bawah rumah dia masa diaorang mandikan jenazah.

4 step :
Korang tengok melalui lubang tempurung tu, cun-cun kat tempat air jenazah tu jatuh.
Kalau nasib baik, korang akan nampak 'something', tapi make sure benda tu x sedar yang korang tengah perhati dia..
Kalau tak, nahas! Ia akan kejar.

Cara nak melarikan diri pulak,, terjun dalam sungai, cepat2 basuh arang kat muka. Kalau tak ada sungai area tu, korang standby air dlm besen.. Selagi arang kat muka korang tu melekat, selagi tu la korang akan Nampak benda tu kejar korang.
Muka serius….
Ada juga orang tua-tua kata, ambil air mata anjing lepas tu sapu kat mata kita, bila sampai tempat mandi kita kena tengok secara terbalik(kepala bawah kaki). Kalau tak dapat tengok hantu mungkin dapat penerajang.

P/S : MENGIKUT CERITA PENCERITA YANG RAKUS MENCERITAKAN PADA AKO KORANG AKAN NAMPAK 'SESUATU' TENGAH JILAT AIR JENAZAH TU ATAS TANAH. (MUNGKIN DIA DENGAR DARI PENCERITA YANG MENCERITA PADA DIA OR MAYBE PERNAH BUAT)


Kuasa Pukau akan Menghukum Mu~


Nie ako xpaham zaman sekarang.Pebenda la nak jadi,kesian kat orang,nak kata duit xde ako rasa gaji diberi tiap2 bulan,tapi habit tue still ada lagi

2 hari lepas tempat ako baru lepas dirompak.Pusat Latihan Maritim Malaysia dirompak oleh seorang picisan yang ala james bond..ako rasa ada gak nak tabik spring mamat nie..giler ko..dalam masa 2 ker 3 jam jer..dia boleh gi mencuri kat dewan makan dan 5 buah bilik yang dikenalpasti..barang - barang yang kebanyakkan hilang seperti handphone yang baru digunakan xsampai beberapa bulan..pas2 duit hilang dan yang paling magisnya siap boleh lepak makan dulu kat kantin..giler otai..rasa macam nak bagi anugerah pencuri cemerlang peringkat kelapan.

Kejadian dipercayai bermula di kantin..dipercayai juga beliau meratah saki baki makanan sebelum memulakan operasi. Kemudian bilik pertama yang beliau pergi adalah bilik bebudak perempuan.Abis hilang 3 buah handphone didengari oleh sumber yang munasabah,lalu ketika beliau hendak keluar,salah seorang wanita yang lena serta nyenyak dibuai mimpi itu terjaga, tetapi beliau buat xtahu lalu melalukan diri sendiri pergi.Wanita tersibut terkejut lalu mengagahkan diri untuk melihat siapakah gerangan beliau tadi.Adakah "tooth fairy" seperti cerita The Rock. Untuk mendapatkan kepastian,wanita terbabit membukakan pintu dan ternampak akan beliau yang hendak buka bilik sebelah.Wanita itu bertanyakan soalan kepada beliau hendak cari siapa.Beliau terbabit memberitahu untuk mencari rakan.Hati wanita itu kegersahan kerana didapati muka beliau tidak pernah terlihat di pusat latihan ini.Hanya dengan memakai topi dan baju maritim yang tidak tahu akan kebenarannya beliau punya,sambil selipar jepun tersimpan rapi dibelakang beliau dan juga dipercayai beliau mempunyai sebelah gigi taring yang panjang lalu berdialeg sabah.Wanita terbabit kecuakan lalu memanggil rakan untuk melihat beliau.Secara ajaib beliau hilang secara magis dan dipercayai sudah 3 bilik mengalami nasib yang serupa.Mereka sudah dirompak tanpa sedar.


Setelah blok pertama mengalami kerompakan,lalu blok ako menjadi mangsa.Beliau sungguh bijak.Kerana beliau sedar beliau tidak tinggi orangnya,beliau telah menggunakan kerusi tinggi yang digunakan oleh pengadil untuk memanjat bumbung.Lalu tingkat 1 yang menjadi mangsa.Digeledah satu demi satu bilik yang cuai hendak mengunci pintu belakang.Lalu hanya 2 orang yang merasakan handphone mereka tahu menjaga diri telah dicuri beliau.Dan didapati juga,jurulatih ako kehilangan handphone dan duit sambil meninggalkan sebelah selipar jepun bajet cinderella, pistol lighter yang ada laser dan kesan lengan yang ditekap di cermin bertujuan untuk melihat disebalik cermin.

Setelah habis akan operasinya,dengan jalan yang bergaya ambil dilimpahi dengan cahaya lampu,beliau jalan perlahan-lahan sambil menghilangkan diri(dicerita oleh pegawai yang bertugas tetapi takut hendak tegur)
Jadi perkara ini telah dibawa ke pihak atasan dan didengari khabar berita bahawa beliau menggunakan pukau untuk melenakan mangsa -mangsa yang tido mati..Jadi sekarang tidak pasti samada orang dalam or orang luar yang melakukan peristiwa ini.

**dengar citer kalau orang guna pukau untuk merompak,diorang akan makan or buang air atau buat benda yang kotor ditempat yang mereka hendak rompak...

Sekian~