Wednesday, December 1, 2010

Ganaih mu nie

Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke? 

Thursday, October 28, 2010

Lumrah Dunia


Kepelikan akan kehidupan ini semakin dirasai.
Tidak tahu apa kehendak dunia ini.
Tak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
Tidak dapat memastikan yang ikhlas atau tidak ikhlas.

Friday, October 22, 2010

Jangan Jadi Superman!!

Adalah pada suatu ketika,ketika en superman bersiar-siar di udara.Ternampaklah dari jauh dengan menggunakan mata yang boleh nampak jauh itu akan seorang gadis bernama Lois Lotus. Gadis itu dalam keadaan murung sambil berdiri di atas jambatan yang pada ketika itu dianggap ingin membunuh diri akibat daripada perpisahan ia dengan Lex Author. Sebelum sempat Lois melompat, dengan secara tidak diduga, En supermen terus memecut laju tanpa menghiraukan tanda had kelajuan dan menerkam Lois daripada terjun.

Saturday, May 15, 2010

Cerita Budak Sekolah Darjah Tiga


Ini adalah sebuah kisah benar yang diambil terus dari sebuah sekolah yang berada di Hulu Langat dan nama sekolah tersebut dirahsiakan atas sebab politik yang melanda dinegara ini lalu diceritakan oleh seorang fasilitator yang ketika ia bercerita sungguh serius mukanya..

Tuesday, April 27, 2010

Where stupid ass come from??

Haa..tajuk ari ini adalah sedikit melucahkan..tapi bila dilihatkan akan gambar-gambar berikut,ako rasa sungguh tidak adil diri akonya ini..BONTOT atau PUNGGUNG atau Dubur atau ASS..Aset yang sangat berharga bagi kita,jika tiada mereka kita tidak boleh duduk,tidak boleh buang air,tidak boleh mencarut mengunakan perkataan ASS dan paling sadis adalah pada kaum tua kerana tidak boleh pergi dangdut.

Sunday, April 18, 2010

Bumi pun boleh Tua


Ako rasa macam tetiber berminat nak kaji benda nie..macam2 dah berlaku kat dunia kita sekarang..yang terbaru berlaku letusan gunung berapi kat Iceland ngan gempa bumi kat California pada 16 April 2010.

Nak percaya atau x ako just serahkan takdir nie kat Tuhan coz kita nie bukan boleh main ngan hukum Allah s.w.t tapi dengan apa yang berlaku sekarang dan banyak kajian yang kita boleh tengok..ako rasa dah boleh dah kot kita jadi baik..

Nie semua ako just copy and paste dari internet..bukan hasil nukilan ku sendiri..tapi mungkin boleh dipandang secara serius dan menjadi iktibar kat kita semua..ako nak jadi baik..huhuh


Subject: Fw: NIBIRU 21-12-2012 - Bencana Alam Terbesar (kiamat dah hampir)

Sekadar renungan dan iktibar...

Ust.Harun Din .. korang kenal kan ?? dlm ceramah dia,ade mmbace sbuah artkel yg mncritakan bhw dunia ni da nk kiamat ... planet mrikh (planet ke4 n plg dekat ngan bumi) tlh mngalami psingn yg tbalik pd bln sept lpas. maknenye ... planet yg dkat dgnnye jgak (bumi la) akan brtukar arah prgerakan dia gak. maka pd saat tu akn terjadi kjadian mthari tggelam sblah timur. (tnda2 bsar kiamt)...ingat, matahari terbit sbelah barat, pintu taubat da ditutup. x de harapan daa laa!! maklumat ni gak tlh dhentikan pnyebrannya oleh NASA krna akn mnguntungkan pihak islam. tolong sebarkan ye tuk kmaslhtn kiter bersama... wassalam (sebar la bnde nih wehh smentara ade mase)


Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..so sama2 kita nantikan...
mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan)


AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norwaymisalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2)
Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat youtube (nak forward besar sgt)..benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUA K BAR
lain-lain artikel tentang kiamat.....
Kajian... ALLAH je mengetahui.. ..
Assalamualaikum .....

* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500
tahun... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah.... daripada ini kita
ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066...


* b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke
bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.
Amerika akan cubauntuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi...
Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..
Dan planet ini lebih besar daripada bumi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....



* c) Dan dikatakan kuasa Israelakan mencapai puncaknya pada tahun 2007....
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan
semula Nabi Isa..... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun
dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...
Dianggarkan Bumi Akan K iamat Antara Tahun 2062-2066...


* Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji...
Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan
bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun....
Cubalah anda kirakan sendiri...


Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara
berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel
seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak
kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj
yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh
Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang
jangan risaula....aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan
kesejahteraan untuk semua umat Islam..




Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerusakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.. Bisa jadi ini mengacu kepada gempa di China, Tsunami di Aceh.
8. Gempa bumi di Barat. Bisa jadi ini akan terjadi di daerah Mexico, Argentina, Brazilia dan negara-negara Amerika Latin
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.. Kemungkinan kasus longsor di Mesir sebagai pembukanya.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. (Apa ini bahaya Nuklir?)



Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merusakkan sistem alam cakrawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Friday, March 26, 2010

Jiwa kaco

Masak Asam Pedas




Fula~dah 14 hari ako xmenaip dan menghiraukan blog ako tanpa rasa rindu dan pilu..ako sesibuk ngan kursus induksi yang boleh disamakan dengan kursus mayat..

Kursus yang tiada nokhtah coz benda nie adalah benda yang sama sewaktu kursus-kursus ribena yang lain..
Menguji tahap berkepasukanan,cintakan negara,public speaking,sukan rakyat..

Memang klu ako kena stay lagi dalam 2 3 bulan ngan kursus nie memang sifat dan habitat ako akan berubah menjadi remaja yang disayangi masyarakat makcik dan pakcik.

Yang ako xbleh blah,fasilitator kata semua nie kena buat dengan bersemangat coz ada markah..campur lagi ada peksa..klu fail memang kena pergi lagi skali tahun depan even ko dah muka macam pakcik..Jadi bertungkus lumusla mereka membaca buku yang berharga rm12 walaupun buku 2 dia print sebiji macam slide diorang..sehari masa diberikan untuk menghabiskan dalam 200 slides power point mengenai dasar negara,undang2 dan pelbagai lagi perkara harmoni yang boleh merosakkan jiwa anda..Termaasuklah ako juga bersusah payah membaca buku sambil bertemankan laptop yang baru sihat dan berminimizekan mafia wars..




Masa menjawab peksa dah tiba,masa diberikan kurang dari 4 jam untuk jawab objektif dan subjektif..seperti biasa yang lain bermuka ketat di depan dewan sambil bertemankan kertas toyol bertujuan untuk menjadi pencetus minda bila tidak menjawab kelak.

Selepas habis menjawab,tidak sampai beberapa minit..kedatangan fasilitator ako mengumumkan bahawa kami lulus sambil dikelilingi watak ketat yang merasakan diri ini ditipu kerana kertas masih belum ditanda tetapi sudah mengatakan sudah lulus..

Apa motif diadakan ujian?dengan watak hero hindustan seseorang berkata..induksi nie klu nak lulus ko hadir dengan jayanya sahaja dan mengenai ujian..klu korang jawab dalam bahasa tamil pon diorang rasa ko adalah paling genius..

Sekian~

p/s diatas adalah ular yang dimasak tepung tetapi tidak berjaya kerana lupa bubuh garam

Sunday, March 14, 2010

Artis 4 = Hantu Raya


Ok.Hari ini disini dan dimana ako menaip nak citer pasal artis no 4 nie.HANTU RAYA.Susahlah nak cari detail pasal diorang nie.Susah nak dapat info.Paparazi macam ako yang lopek nie mana diorang layan sangat.

Berasal dari Tanah Melayu.Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya,sebaik sahaja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya.Kegemarannya mencuri kuih kuih raya.Tempat menginapnya disyaki di balai-balai raya.



Haha.Itujer ako dapat kat google.Benggong google.Klu korang rasa ako tipu korang maksud ako kena tipula.Tp korang rasa seram skit kan~kan~

Sekian~




Ohh Fatimah~



Lama xdengar lagu camnie.Masa chewgum laris di pasaran~

Tipah Tertipu~








Nie handphone N97 mini. Ada jual kat depan East Cost Mall kat Kuantan. Tengok dari luaran memang sejibik.Tidak dapat dinafikan ketulenan casingnya. 

Semalam bebudak ako pergi beli menatang nie.Dengan muka penuh yakin mempercayai mamat cina yang mengatakan ini barang import dari Singapore.Walaupun dinasihat tetapi mereka dengan yakin mempercayai mamat cina nie.Harganya hanyalah RM500!!!

Shitt!!!Ako punyalah bersusah payah nak dapatkan N97 dengan harga RM2200.Tapi mamat cina nie dengan selamba adap jual RM500.Jatuh martabat N97 ako(berkata dalam hati.Sehingga ada member ako trade in handphone Nokia E72 ori kat cina 2 semata nak dapat handphone dari Singapore nie.

Sehari berlalu~
Mamat A berkata:Babeh~handphone cap ayam.macam-macam application xleh guna.
Mamat B:tuelah.ako rasa macam lain jer N97 mini yang terbaru nie,dahlah slow.Tetiba adalak application versi china lak.
Mamat C:Ako rasa macam dah kena tipu la.Cina 2 ckp nie handphone nokia ori tp dari Singapore.Patutla murah semacam.Standart macam handphone lopek yang dialih bahasa jer.

Lalu mereka ketiga pergi ke kedai itu hari ini untuk mendapatkan balik ganti rugi kerana merasakan handphone ini MADE IN CHINA.

p/s berfikir dahulu sebelum membeli handphone klon murah.ako pon pernah terkena.Iphone mini..haha..xlopek la ako..Sekarang dah jadi hiasan

Sekian~



Saturday, March 13, 2010

Asap Bergerak


Baru 3 hari lepas ako nak bertekad benti hisap rokok..
Hari pertama ako berjaya menghisap 2 batang sehari
Hari kedua ako berjaya menghisap sebatang sehari
Lalu hari ketiga rokok di kotakku sudah habis
Yes,azamku sudah bermula.Katakan TAK NAK pada rokok.Bagi ako rokok itu membazir dan membahayakan kesihatan.Ako ingin jadi manusia baru.Mempunyai paru-paru yang bersih.Ako tidak akan merokok sepertimana dahulu sehari boleh habis sekotak.
Ako menyatakan azamku pada roomate sekalian.Mereka memberi semangat padaku.Ako terharu.Ako tidak akan menghampakan diri ako dan sekalian.Ako bertekad~


Lalu hari ketiga berlangsung~
Bangun pagi.ako gosok gigi,memakai pakaian..


Dan ako menghisap rokok.Dalam hatiku berkata(biasala memula nak start)
Selepas habis pembarisan dan bersedia untuk kawad,mulutku melekat pada rokok.Dalam hatiku berkata(biasala,dugaan nak berhenti)
Selepas habis kawad,sebatang lagi.
Hendak pergi ke kelas,sebatang lagi.
Semasa rehat waktu kelas,2 batang lagi.
Semasa balik kelas,sebatang lagi.
Semasa lepas mandi,sebatang lagi.
Lepas makan malam,sebatang lagi.
Sebelum tido,3 batang lagi

Jadi itulah azamku.

Sekian~

Zaman Batu

Hidup Artis



Bagai sesiapa yang rasa dia berani & teringin sangat nak tengok hantu, ako ada petua nya yanng dapt dari orang hidup zaman lama. Rasanya cara ini berkesan kot.. ( ako tak pernah try lagi coz sibuk ngan rutin harian..lagipon mana ako nak cari benda nie..nak kuar pon  payah )
hehe.


1 step :
Korang cari tempurung kelapa.Ambil setengah,lepas tu tebuk dan buat lubang dkt tengah-tengah.

2 step :
Cari arang kayu, conteng kat muka

3 step :
Cari rumah orang meninggal. Set masa, tunggu bawah rumah dia masa diaorang mandikan jenazah.

4 step :
Korang tengok melalui lubang tempurung tu, cun-cun kat tempat air jenazah tu jatuh.
Kalau nasib baik, korang akan nampak 'something', tapi make sure benda tu x sedar yang korang tengah perhati dia..
Kalau tak, nahas! Ia akan kejar.

Cara nak melarikan diri pulak,, terjun dalam sungai, cepat2 basuh arang kat muka. Kalau tak ada sungai area tu, korang standby air dlm besen.. Selagi arang kat muka korang tu melekat, selagi tu la korang akan Nampak benda tu kejar korang.
Muka serius….
Ada juga orang tua-tua kata, ambil air mata anjing lepas tu sapu kat mata kita, bila sampai tempat mandi kita kena tengok secara terbalik(kepala bawah kaki). Kalau tak dapat tengok hantu mungkin dapat penerajang.

P/S : MENGIKUT CERITA PENCERITA YANG RAKUS MENCERITAKAN PADA AKO KORANG AKAN NAMPAK 'SESUATU' TENGAH JILAT AIR JENAZAH TU ATAS TANAH. (MUNGKIN DIA DENGAR DARI PENCERITA YANG MENCERITA PADA DIA OR MAYBE PERNAH BUAT)


Kuasa Pukau akan Menghukum Mu~


Nie ako xpaham zaman sekarang.Pebenda la nak jadi,kesian kat orang,nak kata duit xde ako rasa gaji diberi tiap2 bulan,tapi habit tue still ada lagi

2 hari lepas tempat ako baru lepas dirompak.Pusat Latihan Maritim Malaysia dirompak oleh seorang picisan yang ala james bond..ako rasa ada gak nak tabik spring mamat nie..giler ko..dalam masa 2 ker 3 jam jer..dia boleh gi mencuri kat dewan makan dan 5 buah bilik yang dikenalpasti..barang - barang yang kebanyakkan hilang seperti handphone yang baru digunakan xsampai beberapa bulan..pas2 duit hilang dan yang paling magisnya siap boleh lepak makan dulu kat kantin..giler otai..rasa macam nak bagi anugerah pencuri cemerlang peringkat kelapan.

Kejadian dipercayai bermula di kantin..dipercayai juga beliau meratah saki baki makanan sebelum memulakan operasi. Kemudian bilik pertama yang beliau pergi adalah bilik bebudak perempuan.Abis hilang 3 buah handphone didengari oleh sumber yang munasabah,lalu ketika beliau hendak keluar,salah seorang wanita yang lena serta nyenyak dibuai mimpi itu terjaga, tetapi beliau buat xtahu lalu melalukan diri sendiri pergi.Wanita tersibut terkejut lalu mengagahkan diri untuk melihat siapakah gerangan beliau tadi.Adakah "tooth fairy" seperti cerita The Rock. Untuk mendapatkan kepastian,wanita terbabit membukakan pintu dan ternampak akan beliau yang hendak buka bilik sebelah.Wanita itu bertanyakan soalan kepada beliau hendak cari siapa.Beliau terbabit memberitahu untuk mencari rakan.Hati wanita itu kegersahan kerana didapati muka beliau tidak pernah terlihat di pusat latihan ini.Hanya dengan memakai topi dan baju maritim yang tidak tahu akan kebenarannya beliau punya,sambil selipar jepun tersimpan rapi dibelakang beliau dan juga dipercayai beliau mempunyai sebelah gigi taring yang panjang lalu berdialeg sabah.Wanita terbabit kecuakan lalu memanggil rakan untuk melihat beliau.Secara ajaib beliau hilang secara magis dan dipercayai sudah 3 bilik mengalami nasib yang serupa.Mereka sudah dirompak tanpa sedar.


Setelah blok pertama mengalami kerompakan,lalu blok ako menjadi mangsa.Beliau sungguh bijak.Kerana beliau sedar beliau tidak tinggi orangnya,beliau telah menggunakan kerusi tinggi yang digunakan oleh pengadil untuk memanjat bumbung.Lalu tingkat 1 yang menjadi mangsa.Digeledah satu demi satu bilik yang cuai hendak mengunci pintu belakang.Lalu hanya 2 orang yang merasakan handphone mereka tahu menjaga diri telah dicuri beliau.Dan didapati juga,jurulatih ako kehilangan handphone dan duit sambil meninggalkan sebelah selipar jepun bajet cinderella, pistol lighter yang ada laser dan kesan lengan yang ditekap di cermin bertujuan untuk melihat disebalik cermin.

Setelah habis akan operasinya,dengan jalan yang bergaya ambil dilimpahi dengan cahaya lampu,beliau jalan perlahan-lahan sambil menghilangkan diri(dicerita oleh pegawai yang bertugas tetapi takut hendak tegur)
Jadi perkara ini telah dibawa ke pihak atasan dan didengari khabar berita bahawa beliau menggunakan pukau untuk melenakan mangsa -mangsa yang tido mati..Jadi sekarang tidak pasti samada orang dalam or orang luar yang melakukan peristiwa ini.

**dengar citer kalau orang guna pukau untuk merompak,diorang akan makan or buang air atau buat benda yang kotor ditempat yang mereka hendak rompak...

Sekian~

Wednesday, February 24, 2010

Artis 3 = Hantu Tetek


Hantu TETEK~
Sungguh lucah nama beliau..tapi hantu nie yang bebudak takut masa kecik..hantu nie memang famous dan menjadi bualan ketika ako waktu kecik..ako pelik asal la nama dia macam nie..xde nama lain ker.

Setelah puas menyelidik,akhirnya ako tau..nama selain daripada hantu tetek ialah HANTU KARIPAP..(lagila xbleh blah)..dah la huduh..perangai pon huduh..masa kecik ako rasa perkataan yang cepat budak lelaki blaja benda nie la..

Citer dia nie berasal dari satu kejadian yang tidak dapat diketahui kebenarannya..dipercayai hantu nie adalah seorang budak perempuan yang berambut panjang sambil rambutnya tutup muka skit(kira emo la) dan membawa bakul dan dalam bakul 2 ada karipap..yang dijadikan citer seramnya coz dia jual waktu malam..giler ko jerit tengah malam jual karipap..pak guard pon cuak..jadi ketika menjual..dia akan datang kat sesiapa yang dia rasa ada duit pas2 jual..tp klu orang 2 dia xbeli..so pe lagi..dia tukar rupa dan tiba2 tetek dia jadi besar..orang yang xbeli 2 jadi takut la..pas2 hantu tetek 2 sorok orang 2 dalam tetek dia coz bengang orang 2 xbeli..



Dari mana dia dapat nama nie..ako memang xpuas hati coz xtahu..pas kajian dilakukan ..rupanya citernya begini..
Pada suatu hari ,ada seorang budak perempuan sedang berjalan2..lalu dia nampak ada makcik tetek besar menjual karipap.Pas2 budak 2 rasa nak makan ..dia beli arr karipap 2..selalu orang jual 3 singgit..tp makcik 2 jual 1 singgit..bengang la budak 2..budak 2 soundla "dahlah xsedap,mahal lak"..Makcik 2 rasa macam ego dia tercalar arr..pahal lak nak sound2..dah jauh skit budak 2 bla makcik 2 mencarut la kat budak 2 sambil tunjuk tetek dia yang besar..Budak 2 terkejut sambil karipap yang dia makan 2 tersekat kat hulu tekak dia..terus on the spot meninggal tanpa sempat mengucap..

Jadi hantu 2 wujudla..xtau apaer motif dia..samada nak balas dendam or sambung bisnes makcik 2..Jadi pasni nampak makcik tetek besar jual karipap,klu nak sound jangan bagi sampai dia dengar..

Sekian~

Jiwa bergerak


OHH~~
Sungguh lama tidak mengupdate blog ini...
Mood hilang secara halus~
Jiwa meronta kerakusan~
Hati tidak tenteram~
Seperti roh ini pergi melancong sebentar~
Kini roh ini sudah kembali~
Jiwa ini sudah tenang~
Marilah menaip~

Sekian

Wednesday, February 10, 2010

Artis 2 = Pontianak


Pontianak atau nama kampungyer Kuntilanak adalah sejenis hantu yang dipercayai asalnya dari wanita yang hamil tetapi mati samada dibunuh atau membunuh diri atau mati ketika mahu melahirkan anak tersebut..Pontianak nie ako xdapat cari sgt aper dia punya power coz biasala perempuan..Banyak rahsia.. dia nie suka kaco orang terutama masa memandu..ako xtau apa motif kat jalan dia nk kaco..bajet dia hulur kaki pas2 orang berhenti..tp xtau jenis nie ker yang kaco ako dulu masa 2 tahun lepas...

Pontianak nie biler kaco orang dia akan jadi awek cun melecun dulu..pas2 dia cari la mana2 laki yang dia rasa minat..cth mintak tumpang sambil bawak anak..pas2 biler orang tanya nak gi mana sometimes dia menyahutla..kalau xsenyap jer..port famous yang dia slalu mintak berhenti ialah tanah perkuburan Islam..bajet horor la 2..dia xminta berhenti kat kubur kaum lain..takut kena kaco ngan hantu kaum lain..bila dah letak..lelaki yang dia tumpang 2 jadi macam ketiak berpeluhla..mana x nyer byk port baik tapi mintak kat kubur lak..xde klas langsung..tp masa dia turun,dia xbawak baby dia..dia tinggalkan baby 2..so lelaki 2 pon ngan bajetnya awek 2 sajer arr tinggalkan konon hint la nk wat projet..pa lagi..laki 2 akan bwk baby 2 kuar dan ,masuk kat port kubur 2 kononnya nak pulangkan la..pas2 bajet blehla wat projek..so secara automatiknya..mekap awek 2 nanti akan automatik cair dan menjadi seekor pontianak...palagi..maksudnya kena game la korang...


Lagi satu pontianak nie leh terbang..xtau la..coz tengok filem dia leh terbang..pas2 pandai berlakon lak..coz 2 sekarang permintaan berlakon untuk pontianak tinggi...
Dan yang terakhir klu korang rasa macam nak seorang awek cun yang ikot jer ckp korang..biler jumpa korang paku leher pontianak 2..dapatla awek cun tp xngeri la plak ada paku kat leher kan..

Sekian...

Jalan Robot



Kawad..Semua orang pernah merasa berjalan macam robot..Benda nie adalah permulaan segala disiplin bg sesetengah orang terutama bagi pakaian beruniform..Memang dah jadi keturunan kena ada kawad. nie..Ako kat sini pon kena menghadapi nyer lagi skali coz nanti masa hari tamat latihan kena kawad..Pagi , petang malam kawad bai..Yang ako xtahan coz kitaorang kawad pedang..Macam shial dowh..Lebih2 lagi bila orang lain wat silap memang lagi lama la ko wat benda sama..Kerbau ,kambing,unta dan binatang yang seangkatan dengannya adalah panggilan kami semasa kawad...Terharu sungguh bila dipanggil panggilan yang bila kena kat civilian boleh bawak bunuh membunuh..

Walaubagaimana pon..Kena maki macam mana pon,kena panas terik ,in the end biler dah sampai hari penentuan dan ko berjaya buat dengan jayanya..pas2 orang tengok..fuuuihh..!kembang dowh..
Lagi satu pasal kawad nie yang best Squad Barrel..Kahwin lalu bawah pedang..Bangga 2..Ako nanti kahwin bawah pedangla..pahal lak kan ...gempak arr.


Jadi 2 jerla yang ako leh citer pasal kawad nie..
Wei kahwin bawah pedang woiiiii~~

Sekian

Tuesday, February 9, 2010

Terjun Tiruk


Hari 2 ako ada test renang..Nak masuk Maritim nie kena lulus ujian renang..Kena renang 1 1/2 swimming pool pas2 floating 10 minute..Masuk renang kena lak pakai baju overrol(baju yg macam pilot pakai 2..sekali ngan seluar)..dahla berat nk bawak gi renang..kena floating lak..pas2 kena bukak masa 2 gak xleh kaki jejak lantai..pas2 kena bwk baju kat leher sampai tempat kita start..dalam pool yg panjang nie adalah dalam 3 ker 4 meter..pas dah lulus kena terjun woiiiii~~~~`dari tingkat paling atas..macam shial..abis merah gak badan..dalam kolam blakang maybe 8 meter...so ako dah lulus..xyah dah lagi kena pakai baju ketat2 nak gi renang..

Sekian

Artis 1 = Toyol


Hari ini ako nak kongsi dan borak pasal hantu kat Malaysia..Memang hajat ngan niat ako nk kaji benda ntah paper nie..Sometimes nk gak ajak lepak ngan diorang tp xleh coz diorang nie biler jumpa jer bajet cool.senyap jer..xreti nk ckp mende..So first hantu dalam senarai ialah toyol coz dia paling budak..kira hantu xpower sgtla..

Toyol..adalah sejenis budak dalam kaum hantu yg bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam.. Warna kulit juga dipercayai ada warna hijau or coklat..xtau mana betul..mayb toyol nie macam incredible hulk kot..bleh tukar kaler badan..Hobi dia suka mencuri barang apabila disuruh oleh penjaga..disebabkan dia macam budak2 so kena buli la..

Power yang ada kat toyol nie sikit jer iaitu boleh masuk kat mana2 walaupun berkunci..Kira ada master key untuk semua bilik arr.Pas2 bleh detect korang walaupon korang sorok kat mana2 pon..Walaupun korang kelentong dia ngan duit saidina pon dia tau tambahan lagi kalau korang sorok kat kitab suci pon diorang bedal kononnyerla..x rentongla plak kan toyol 2.

Toyol nie tempat tinggal dia kat dalam botol jer..dia xdemand sgt coz biasala budak..mintak lebih kang makan penampar ngan tuan dia..Pas2 tuan dia akan bagi makan darah dia sendiri setiap hari/setiap bulan mengambang. Tp klu korang fail bg dia makan abis la darah orang lain dia bedal even maknyah pon dia sapu..sebab 2 kengkadang ada kes toyol isap ibu jari orang coz tuan dia xbagi makan..maybe kena denda kot..Tp yg diketahui hanya keluarga terdekat jer dia sedut..toyol nie pon taking care gak diri dia..xmain bedal jer darah orang..kang HIV lak..

Dan klu korang xjaga baik budak Toyol nie abis arr..tunjuk kepala la toyol nie..abis suku sakat korang dia kaco..dan klu korang dah xde darah nak jaga toyol nie..kena la cari tuan baru..atau hantar balik toyol nie kat kampung halaman dia..Ataupon korang buang ,biasanya dihanyutkan dengan acak kedalam sungai



Petua nak elak toyol nie kacau korang iaitu dengan letak kacang hijau hampir ngan duit korang..confirm lalai toyol coz khsyuk main ngan kacang hijau 2(ntah paper main kacang).Ada gak kata letak jarum or bela ikan puyu coz benda 2 tajam jadi toyol xsuka mencederakan diri sendiri...

Toyol nie kadang2 ada gak banggang tahap toyol..biler nak curi diaorang xcuri semua..just sekadar sekeping dua..Xtau naper..Maybe tuan dia pesan biler toyol nak mintak gaji lebih "budak2 xleh pegang duit byk2"..2 yang biler nk curi 2 dia xamik byk2 coz tuan dia dah pesan dah..xbaik la plak kan lawan ckp orang tua..

Pastu tuan2 dia kena la layan apa yang toyol nie nak.Nak mainan ker..Seluar baru ker..Klu x abis arr..tunjuk otai la toyol nie..

Jadi inilah yg ako dapat dari kajian ako..

Sekian....

Monday, February 8, 2010

Kereta bapaku warna merah~


Ako xtaula biler nampak jer kereta nie tangan ako automatik masuk dalam poket..Lebih2 lagi biler ader awek kat sebelah kereta 2..lagila dua2 tangan ako masuk poket..

Ini adalah kereta yg ako minat giler. Insy'llah dalam masa setahun nie..bawak kuar satula..sekarang nie pakai myvi putih pelekat Mitsubishi..Ok la 2..Penaik semangat..Korang doa2 la ako dapat dowh..dapat nanti ako xbawak korang naik keta nie...Sekarang nak amik xleh coz ngah training..nie pon dalam masa setahun akan datang pon xpasti..Klu kena sambung training pilot 2 tahun..xdapatla nak beli..xkan beli bagi bapak ako pakai..dah la myvi ako dah lobos.gila dowh..keta nie macam bini ako dowh..saper duduk kat seat pemandu rasa macam ada orang ngah kaco bini ako..

Sekian...

Dak Dak Empit~~Weng..Weng



Rempit.Benda nie dah sinonim dengan rakyat jelata malaysia..Perkara ini akan berlaku pada setiap generasi pada budak 2 yang baru nk naik level baru iaitu dari basikal ke moto bapak diorang..

Motif utama geng ini ditubuhkan coz diorang kata hati muda wei..hati wa panas macam ekzoz biler dengar orang bakar gua..lu all lek2 la..lu klu xde moto ex5 bapak lu all xleh nk geng ngan gua..awek lu awek gua..awek gua awek guala..Cakap pon lu klu xpandai ckp versi moto xsama taraf beb ngan waa..

2 jerla yg ako tau pasal bebudak empit nie..

Sekian~

Sunday, February 7, 2010

OH IBUKU!!



Bila terdengar,terlihat or tercakap..confirm tulang ako jadi sejuk dan seperti ada semut mengaruk2..bukan aper..ako memang xtau nak hadapi benda cmnie..kesian bagi diorang yg memberanakkan ako dan korang semua..sakit 2..tp rilek jer kaum ibu..

Dijadikan satu citer..dari kes polis yg ako dapat masa belajar undang2 polis
Ada seorang budak umur 11 tahun..main ngan bf dia..malam 2 dia nk terberanak..dia kuar dari bilik dan pergi bilik air..rasa macam sakit perut..byk kali gak ulang alik..last baru dia terasa ada kepala dah keluar..pe lagi..dia memberanakkan anak 2 la..yg ako rasa macam tulang ako lari dari badan ako coz budak 2 boleh beranak..pas2 keluarkan kantung ketuban(xtau betoi ako sebot) pas2 pergi kat tong sampah belakang umah dia,dia buang baby 2 ..pas2 besok pagi..tanpa jahit dia rilek g skool..kantoi pon tengahari..lagi satu masa dia ulang alik ada darah dari bilik ke bilik air..siap boleh cuci..

Kantoi pon coz jiran nampak baby 2 pas2 tanya mak dia pas2 mak dia nampak ada kesan darah lagi kat lantai..pe lagi..terkujat shisa la mak dia..
Yang wat ako kagom beb..rilek jer budak 2..

2la..biler benda haram rilek jer diorang memberanakkan baby 2 tanpa rasa bentan..tapi bila halal macam nak tercabut jari doktor kita tarik..

haih~dunia

Sekian....

OH BAPAKU!



Semalam dan hari ini keluar berita kat TV3,bapa bunuh bayi umur 5 bulan dan dipercayai diliwat lebih skali..WTF!!pebendala bapak dia ni banggang tahap beruang hibernasi..xde benda lain dah nak buat..haih..Semoga roh bayi dicucuri rahmat..

Kumpulan Ayam Jantan (Skinhead)



Tajuk perbualan kali nie sambil kita menghirup asap rokok dunhill light yang member ako suka pau adalah Skinhead atau "Skin8" atau bahasa kampung "budak makan sampah"
Yang ako tahu sejak tahun 1990 lagi budaya Skinheads telah dibawa masuk ke Malaysia Namun pada masa itu golongan Skinheads adalah terlalu kecil. Pada tahun 1992 budaya Skinheads telah berkembang, ini kerana Singapura merupakan sumber maklumat tentang budaya Skinheads.

Skinheads di Malaysia sering berulang alik dari Singapura ke Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang Skinheads. Pada mulanya golongan Punk Rock di Malaysia yg berperanan memperkembangkan budaya Skinheads. Ini adalah kerana pada masa itu masyarakat memandang serong tentang budaya Punk Rock. Cara Punk Rock berpakaian dan ada yang berambut Trojen itulah menjadi isu. Hasil dari tanggapan masyarakat tentang budaya Punk Rock, golongan Punk Rock telah mengubah cara hidup mereka dan cara berpakaian mereka lebih kemas. Mereka telah memilih cara hidupSkinheads kerana cara Skinheads berpakaian kemas dan muzik Oi!, Ska dapat diterima oleh golongan Punk Rock. Dengan membawa masuk kaset dari barat serta cara pakaian ala Skinheads, dan ini membuka mata golongan anak muda meniru budaya ini.

Kemudian muncul beberapa band muzik yang mamainkan muzik Oi!, Street Rock, Ska, Rocksteady, para peminat muzik Skinheads ini muncul dengan banyaknya. Pengaruh muzik yang dimainkan oleh The Business,The 4 Skins, CockSparer,Oi Polloi, Last Resort,The Skatalites, The Special, The Selecter telahmenjadi ikutan band-band Skinheads di Malaysia.Skinheads di Malaysia tidak dilabelkan undergrounds, sebaliknya mereka hanya menyokong band-band undergrounds. Skinheads merupakan satu budaya, tentang D.I.Y atau Major Label, itu terpulang kepada mereka sendiri samada menerimanya sebagai attitude atau tidak. Skinheads di Malaysia juga terbahagi kepada pecahan-pecahan Skinheads seperti Skinheads Trads, Sharp, Nazi



Itu jerlah yang ako tahu serba sedikit pasal diorang..memang byk kena pakai duit nk jadi geng diorang..nak pikir baju..kasut..rantai..tp cuma satu jer diorang xyah risau sangat..rambut..bleh potong sendiri jer..mesin rambut kongsi..

Jadi sesaper nak masuk pikir la dulu..coz nie baru sejarah penubuhan jer..belum lagi zaman sampah diorang..klu setakat nk layan lagu diorang bleh la..tp klu nk ikot cara hidup diorang..xidup korang..

Sekian...

Cerita Tahyul 2



Sambungan dari kisah Cerita Tahyul 1 coz ako tetiba lak rajin nk menulis hari ini..

Dengan sepantas kilat ako menguturnkan kereta ako walaupon jalan masa 2 just cukup untuk satu kereta..Ako berhenti sejenak kerana baru perasan kawasan kat situ gelap dan sangat sunyi..kalau nak duduk situ cari ketenangan pon pikir banyak kali..bertapa bolehla..Dan kemudian ako mencari cd untuk membuat ako lupa pasal benda karut nie..kerana gelap ako main masuk jer..Bila dimainkan..ako rasa hantu pon layan skali dgr lagu nie..ako terpasang lagu Slipknot..Ako malas nk cari cd lain ako pon terus la bwk kereta dengan tahap kepantasan 80km walaupon jalan situ sangatla gelap dan kecil...

Walaupun laju ako xsampai pun jalan keluar..dan tetiba lagi..lagu toyol versi sudirman keluar..ako terkejut sambil tangan mencari handphone..."FCUK" dalam hati ako coz handphone berbunyi tetapi display hp nokia(masa 2 3310 jer) biasa jer..
Ako try cancel still xbleh..

Tiba2 lagi sekilas pandang dan ako terus memandang lama lagi dari cermin belakang dan di belakang ako sendiri dan di celah2 baju yg ako gantung,ternompak sosok awek mana ntah yang bajet muka gelap memandang ako melalui cermin belakang ako..so apa lagi..keluar la doa makan ako sambil diringi lagu slipknot..dan ako pon memandang depan tanpa menghiraukan awek 2 kerana ako perlukan focus yg lebih pada jalan gelap dihadapanku...


"HAAA".."FCUK" untuk kali kedua pada diriku..coz jauh nun di hujung pokok ternampak bantal peluk yg sebesar orang (nama samarannya pocong) tergantung dihadapanku..apabila doa makan dah baca..doa wuduk la kot..selama satu jam lebih gak ako bawak keta tanpa hala tuju..dan ako perasan dan memang pasti ako jalan ketempat yang sama 3 kali..

Dan masa 2 jugakla kereta ako seperti mempermainkan ako ngan lawak dia..lampu minyak berkelip seperti kelip-kelip yg berkelip..haih~..ako pon masa 2 dah down giler dan mungkin masa 2 "ia" tengok ako macam down seperti rokok diambil rakan..rasanya ako kelip mata 2 3 kali ..dah sampai..biler sampai jer kat jalan kuar msg kedengaran lagu standard.."you have 43 missed call"....

Ako call balik si "haa"..Dia kata parent ngan orang kampung dah nak gerak ngan polis cari ako..ermm~~lalu ako kata ako dah ok dan balik berjumpa memember dan menceritakan pada mereka dengan muka kecoolan..mereka sunguh taksub dengan benda ini..

Kesimpulan dan pengajaran dari cerita ini..

1.Mata misteri ialah seperti mereka sudah tahu ako nak ikot jalan sana..
2.High beam dari kereta maybe dia bg warning or nampak somethin kat kereta ako..
3.Lagu Slipknot boleh mengkhayalkan "ia"
4.Pasangla GPS di kereta anda.

Sekian..

Cerita ini tahyul tapi benar..harap hidup member ako akan selalu diselubungi MISTERI~~

Cerita Tahyul 1




Ako bukak tajuk nie coz pernah jadik kat ako skali..Memang tobat x ikut jalan 2 lagi tp ako pelik dak2 rempit slamba ayam dia lalu jalan 2..Jalan ako maksudkan jalan lama gi dari gombak ke bentong..


Citer nie dah 2 tahun..ako balik dari umah "haaaa" ako kat bentong..First time so balik ngan angkuh ako ckp "signboard byk,xkan sesatla"...Jadi ako meneruskan perjalanan sambil diperhati mata2 misteri..ako pon rasa hairan tp pedulik aper ako..ako nak balik..g lepak ngan member ako..jadi ako ikut la signboard dari bentong ke kl..


Biler ako dah lalu jalan 2..ako tengok jalan 2 xde lampu langsung macam sebuah pekan yang lupe nk byr bill letrik or yb diorang xkisah ngan rakyat jelata kat sana..Ako meneruskan tanpa rasa muskil dan tiba2 dari jauh ako nampak ada keta dari depan high beam kat ako byk kali...dalam hati ako "sungguh biadap giler..nie mesti rasuah jpj bg lulus lesen"..ako pon teruskan dengan rasa mengutuk kat keta tadi..makin lama ako jalan makin kedalam ako kat sana..xde satu keta pon lalu..dalam hati ako sekali berkata "malam jumaat nie mesti ngah wat projek nie 2 yg xbyk keta..dan sememangnya malam jumaat pon"


Tiba2~ deringan hp lagu toyol-sudirman berbunyi..ako angkat si "haa" call nk tanya ako kat mana..ako pon ckp arr xtau..dia risau coz nk satu jam call ako xdapat dan ako xcall dia..dia tanya dah masuk highway x..ada jumpa tol bentong x..ako pon jawab arr "jangan katakan tol..makcik cleaner pon ako xnampak.."Si "haa"menjerit tanda kerisauan tanpa background"..dia kata sepatutnya ako dah sampai coz dari umah dia ker tol bentong 2 15minit jer..lalu angin sepoi2 dari aircond terkena laju kat dahi ako..ako rasa ako dah salah jalan,ako ckp la ako ikut jln lain..Si "haa"seperti trauma menjerit padaku..."patah balik..awak ikut jalan lama 2..jalan 2 keras 2..abg sepupu saya meninggal tanpa sebab kat situ..


Dan dengan sekelip mata....ako akan menyambung ke Cerita Tahyul 2 coz xlarat nak taip..


Sekian..