Saturday, August 27, 2011

Superman Balik


Setelah sekian lama En Superman memencilkan diri,tiba-tiba di pagi yang hening,spender En Superman bergetar akibat gegaran daripada bunyi mesej yang disimpannya sehingga beliau terpaksa menghentikan penerbangannya. En Superman membaca mesej tersebut lalu angin sepoi melalui belakangnya tak kala mesej yang diterimanya ialah dari Lois Lotus. Mesejnya memberitahu bahawa Lois Lotus ingin meminta maaf dengan apa yang telah beliau buat pada En Superman.


Dengan pemikiran yang waras dan tidak mahu memikirkan lagi perkara tersebut,En Superman memaafkannya. Tetapi luka lama masih lagi tidak boleh diubati.Masa yang lama diperlukan untuk mengubati dan mendapat balik kuasa tersebut. Sekarang En Superman hanya perlu mengisi masa lapang untuk menyelamatkan orang dan cuba melupakan Lois Lotus supaya dia bahagia dengan orang lain.Mungkin Batman atau Hulk.
Sekian.