Sunday, February 7, 2010

OH BAPAKU!



Semalam dan hari ini keluar berita kat TV3,bapa bunuh bayi umur 5 bulan dan dipercayai diliwat lebih skali..WTF!!pebendala bapak dia ni banggang tahap beruang hibernasi..xde benda lain dah nak buat..haih..Semoga roh bayi dicucuri rahmat..

Kumpulan Ayam Jantan (Skinhead)



Tajuk perbualan kali nie sambil kita menghirup asap rokok dunhill light yang member ako suka pau adalah Skinhead atau "Skin8" atau bahasa kampung "budak makan sampah"
Yang ako tahu sejak tahun 1990 lagi budaya Skinheads telah dibawa masuk ke Malaysia Namun pada masa itu golongan Skinheads adalah terlalu kecil. Pada tahun 1992 budaya Skinheads telah berkembang, ini kerana Singapura merupakan sumber maklumat tentang budaya Skinheads.

Skinheads di Malaysia sering berulang alik dari Singapura ke Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang Skinheads. Pada mulanya golongan Punk Rock di Malaysia yg berperanan memperkembangkan budaya Skinheads. Ini adalah kerana pada masa itu masyarakat memandang serong tentang budaya Punk Rock. Cara Punk Rock berpakaian dan ada yang berambut Trojen itulah menjadi isu. Hasil dari tanggapan masyarakat tentang budaya Punk Rock, golongan Punk Rock telah mengubah cara hidup mereka dan cara berpakaian mereka lebih kemas. Mereka telah memilih cara hidupSkinheads kerana cara Skinheads berpakaian kemas dan muzik Oi!, Ska dapat diterima oleh golongan Punk Rock. Dengan membawa masuk kaset dari barat serta cara pakaian ala Skinheads, dan ini membuka mata golongan anak muda meniru budaya ini.

Kemudian muncul beberapa band muzik yang mamainkan muzik Oi!, Street Rock, Ska, Rocksteady, para peminat muzik Skinheads ini muncul dengan banyaknya. Pengaruh muzik yang dimainkan oleh The Business,The 4 Skins, CockSparer,Oi Polloi, Last Resort,The Skatalites, The Special, The Selecter telahmenjadi ikutan band-band Skinheads di Malaysia.Skinheads di Malaysia tidak dilabelkan undergrounds, sebaliknya mereka hanya menyokong band-band undergrounds. Skinheads merupakan satu budaya, tentang D.I.Y atau Major Label, itu terpulang kepada mereka sendiri samada menerimanya sebagai attitude atau tidak. Skinheads di Malaysia juga terbahagi kepada pecahan-pecahan Skinheads seperti Skinheads Trads, Sharp, Nazi



Itu jerlah yang ako tahu serba sedikit pasal diorang..memang byk kena pakai duit nk jadi geng diorang..nak pikir baju..kasut..rantai..tp cuma satu jer diorang xyah risau sangat..rambut..bleh potong sendiri jer..mesin rambut kongsi..

Jadi sesaper nak masuk pikir la dulu..coz nie baru sejarah penubuhan jer..belum lagi zaman sampah diorang..klu setakat nk layan lagu diorang bleh la..tp klu nk ikot cara hidup diorang..xidup korang..

Sekian...

Cerita Tahyul 2



Sambungan dari kisah Cerita Tahyul 1 coz ako tetiba lak rajin nk menulis hari ini..

Dengan sepantas kilat ako menguturnkan kereta ako walaupon jalan masa 2 just cukup untuk satu kereta..Ako berhenti sejenak kerana baru perasan kawasan kat situ gelap dan sangat sunyi..kalau nak duduk situ cari ketenangan pon pikir banyak kali..bertapa bolehla..Dan kemudian ako mencari cd untuk membuat ako lupa pasal benda karut nie..kerana gelap ako main masuk jer..Bila dimainkan..ako rasa hantu pon layan skali dgr lagu nie..ako terpasang lagu Slipknot..Ako malas nk cari cd lain ako pon terus la bwk kereta dengan tahap kepantasan 80km walaupon jalan situ sangatla gelap dan kecil...

Walaupun laju ako xsampai pun jalan keluar..dan tetiba lagi..lagu toyol versi sudirman keluar..ako terkejut sambil tangan mencari handphone..."FCUK" dalam hati ako coz handphone berbunyi tetapi display hp nokia(masa 2 3310 jer) biasa jer..
Ako try cancel still xbleh..

Tiba2 lagi sekilas pandang dan ako terus memandang lama lagi dari cermin belakang dan di belakang ako sendiri dan di celah2 baju yg ako gantung,ternompak sosok awek mana ntah yang bajet muka gelap memandang ako melalui cermin belakang ako..so apa lagi..keluar la doa makan ako sambil diringi lagu slipknot..dan ako pon memandang depan tanpa menghiraukan awek 2 kerana ako perlukan focus yg lebih pada jalan gelap dihadapanku...


"HAAA".."FCUK" untuk kali kedua pada diriku..coz jauh nun di hujung pokok ternampak bantal peluk yg sebesar orang (nama samarannya pocong) tergantung dihadapanku..apabila doa makan dah baca..doa wuduk la kot..selama satu jam lebih gak ako bawak keta tanpa hala tuju..dan ako perasan dan memang pasti ako jalan ketempat yang sama 3 kali..

Dan masa 2 jugakla kereta ako seperti mempermainkan ako ngan lawak dia..lampu minyak berkelip seperti kelip-kelip yg berkelip..haih~..ako pon masa 2 dah down giler dan mungkin masa 2 "ia" tengok ako macam down seperti rokok diambil rakan..rasanya ako kelip mata 2 3 kali ..dah sampai..biler sampai jer kat jalan kuar msg kedengaran lagu standard.."you have 43 missed call"....

Ako call balik si "haa"..Dia kata parent ngan orang kampung dah nak gerak ngan polis cari ako..ermm~~lalu ako kata ako dah ok dan balik berjumpa memember dan menceritakan pada mereka dengan muka kecoolan..mereka sunguh taksub dengan benda ini..

Kesimpulan dan pengajaran dari cerita ini..

1.Mata misteri ialah seperti mereka sudah tahu ako nak ikot jalan sana..
2.High beam dari kereta maybe dia bg warning or nampak somethin kat kereta ako..
3.Lagu Slipknot boleh mengkhayalkan "ia"
4.Pasangla GPS di kereta anda.

Sekian..

Cerita ini tahyul tapi benar..harap hidup member ako akan selalu diselubungi MISTERI~~

Cerita Tahyul 1




Ako bukak tajuk nie coz pernah jadik kat ako skali..Memang tobat x ikut jalan 2 lagi tp ako pelik dak2 rempit slamba ayam dia lalu jalan 2..Jalan ako maksudkan jalan lama gi dari gombak ke bentong..


Citer nie dah 2 tahun..ako balik dari umah "haaaa" ako kat bentong..First time so balik ngan angkuh ako ckp "signboard byk,xkan sesatla"...Jadi ako meneruskan perjalanan sambil diperhati mata2 misteri..ako pon rasa hairan tp pedulik aper ako..ako nak balik..g lepak ngan member ako..jadi ako ikut la signboard dari bentong ke kl..


Biler ako dah lalu jalan 2..ako tengok jalan 2 xde lampu langsung macam sebuah pekan yang lupe nk byr bill letrik or yb diorang xkisah ngan rakyat jelata kat sana..Ako meneruskan tanpa rasa muskil dan tiba2 dari jauh ako nampak ada keta dari depan high beam kat ako byk kali...dalam hati ako "sungguh biadap giler..nie mesti rasuah jpj bg lulus lesen"..ako pon teruskan dengan rasa mengutuk kat keta tadi..makin lama ako jalan makin kedalam ako kat sana..xde satu keta pon lalu..dalam hati ako sekali berkata "malam jumaat nie mesti ngah wat projek nie 2 yg xbyk keta..dan sememangnya malam jumaat pon"


Tiba2~ deringan hp lagu toyol-sudirman berbunyi..ako angkat si "haa" call nk tanya ako kat mana..ako pon ckp arr xtau..dia risau coz nk satu jam call ako xdapat dan ako xcall dia..dia tanya dah masuk highway x..ada jumpa tol bentong x..ako pon jawab arr "jangan katakan tol..makcik cleaner pon ako xnampak.."Si "haa"menjerit tanda kerisauan tanpa background"..dia kata sepatutnya ako dah sampai coz dari umah dia ker tol bentong 2 15minit jer..lalu angin sepoi2 dari aircond terkena laju kat dahi ako..ako rasa ako dah salah jalan,ako ckp la ako ikut jln lain..Si "haa"seperti trauma menjerit padaku..."patah balik..awak ikut jalan lama 2..jalan 2 keras 2..abg sepupu saya meninggal tanpa sebab kat situ..


Dan dengan sekelip mata....ako akan menyambung ke Cerita Tahyul 2 coz xlarat nak taip..


Sekian..

Lagu Mono tanpa suara

Dengkur..Perkara magic manusia boleh buat ketika tidur..
Semalam pukul 430a.m baru ako dapat tido coz member ako dengkur xingat member..dengkur sengsorang..lagi ako tutup telinga lagi rancak dia buat lagu..Walaupun ako sudah nak mimpi ,tp dengkuran dia tetap menganggu keheningan pagi..nak tutp ngan bantal takut mati..

Tapi wat ako rasa menyesal xtutup muka dia ngan bantal semalam co pagi td dengan mata ako lebam kena bangun awal ,dia bleh bangun sambil mengeliat dengan rancak dan berkata "awal bangun ko.."

Sekian..

Pena bergerak


Dah nak kat setengah tahun ako xmenaip..ako dah kata memang ako xpandai nk tulis mende nie..tp ako tengok orangtulis rasa macam nak menulis..sia2 jer ako create blog nie..bukan aper ako sibuk ngan keje..ngah sibuk ngan training APMM.Ako skang keje ngan goverment..so my target is want to be a pilot..dapat jadi pilot menatang nie la ako bwk..byk gak ako korban..setahun lebih gak arr kena training..dari selalu lepak ngan memember ,skang kena tumpu kat menatang nie..
Dah setengah tahun ako kat sini..training kat sini kira ok la..pegawai dia bagi lemak skit..coz 2 korang tengok byk pegawai berat berlebihan..ako akan abis training bulan 7 nie..harap berjaya la..
2 hari lepas baru ako bergaduh..kepala ako kena sepak disebabkan air..tp xsangka ako bleh x plak pukul balik budak 2 dan xwat report polis..kira ako dah jadi seorang yang xkisah orang sepak or ako memang hati lembut..by the way until now budak 2 biler jumpa ako kepala masuk dalam baju coz segan ngan ako..
start esok ako akan menulis lagi..