Saturday, May 15, 2010

Cerita Budak Sekolah Darjah Tiga


Ini adalah sebuah kisah benar yang diambil terus dari sebuah sekolah yang berada di Hulu Langat dan nama sekolah tersebut dirahsiakan atas sebab politik yang melanda dinegara ini lalu diceritakan oleh seorang fasilitator yang ketika ia bercerita sungguh serius mukanya..


Pada satu hari disebuah sekolah yang hening, terdapat seorang guru yang suka mengambil berat akan muridnya..Guru ini sungguh terkenal dengan sikapnya yang pemurah dann mengambil berat lalu disukai oleh orang ramai. Guru ini sungguh seronok akan kerjanya dan setiap pagi sebelum belajar dia akan bertanya akan muridnya mengenai apa jua masalah yang dialami oleh muridnya supaya muridnya boleh belajar dengan tekun.




Dipendekkan cerita di dalam kelasnya tahun 3 terdapat seorang murid yang sangat bermasalah baginya.Muka murid ini kata beliau sangat macam xde perasaan..Bila dimarah murid ini akan berwatak bodoh dan selamba sahaja sehinggakan kenaikkan darah guru ini. Setiap hari murid ini akan datang lewat ke kelas dan setiap hari juga guru ini terpaksa bersenam tangan kerana mendenda pelajar berkenaan. Walaupun seratus kali dipukul bontot oleh guru ini murid berkenaan tetap selamba dan juga datang lewat. Guru tersebut sungguh murka dan sedih akan sikap murid ini kerana murid ini cerdik tapi bagi beliau sikap murid tersebut macam mak bapak tidak ambil tahu..

Lalu guru berkenaan berang dan ingin pergi kerumahnya dan siasat kenapakah murid berkenaan berperangai bebas sebegini rupa..Guru itu pergi kerumah dan bila sampai sahaja kenampakan murid itu hanya berpakaian seluar pendek sedang membaringkan diri diruang tamu walhal waktu ini sepatutnya dia sudah berada di sekolah. Guru ini sungguh marah dan dipanggilkan murid ini.Di lihat ibu bapa nya tiada. Lalu dialog ini kedengaran

Guru:Hamid!!(bukan nama sebenarnya). Kenapa kamu tidak bersiap pergi kesekolah.Mana ibubapa kamu.
Murid(Hamid):............................sepi dan senyap
Guru:Kenapa kamu tidak cakap. Kamu jangan buat sampai saya marah.Jawab soalan saya.
Murid(Hamid):....................sepi dan senyap.
Guru: OK tidak mengapa.Kamu tidak mahu menjawab soalan saya.Kalau kamu tidak mahu pergi sekolah biar saya yang pergi tapi ingat bila kamu datang sekolah siap kamu..

Lalu beredarlah guru berkenaan, sedang berjalan tidak sampai berberapa tapak kenampakan seorang murid lain sedang berlari menuju kerumah berkenaan dan disambut oleh Hamid. Rupanya murid itu adalah abang Hamid dan yang membuatkan guru itu menelan air liur kerana abang Hamid secara tergesa-gesa menanggalkan pakaian sekolah dan diambil oleh Hamid lalu dipakai. Setelah pakai Hamid dengan secara penat melarikan diri terus ke sekolah tanpa mempedulikan guru berkenaan.




Disekolah ,Hamid telah dipanggil oleh guru berkenaan ,

Guru: Hamid,kenapa kamu tidak bagitahu keadaan keluarga kamu yang serba kekurangan..kamu tahukan kamu boleh mendapat bantuan dari sekolah.
Hamid:................senyap dan sepi
Guru: Hamid,kamu perlu bercakap supaya kami boleh membantu..
Hamid.............sunyi sepi dan buat bodo...

Guru berkenaan bertanya akan soalan kepada Hamid sungguh bertalu-talu..

Satu jam kemudian,Hamid sudah rasa kebosanan ,guru berkenaan hampir give-up. Sedang keadaan sunyi sepi..

Hamid: Cikgu,apa soalan yang cikgu tanya tadi

Guru berkenaan merasakan Hamid itu seperti pokok yang perlu ditebang2 tetapi guru itu tetap sabar dan memberitahu sekali lagi

Guru: Hamid saya tanya kenapa kamu tidak bagitahu pihak sekolah akan masalah kamu.Kamu kan boleh dapat bantuan.

Hamid: Macam nie lah cikgu..saya sanggup dipukul ,didenda dan dirotan sebab saya lewat kekelas. Saya sanggup berkongsi baju dengan abang saya kerana saya kekurangan tapi saya tidak sanggup untuk memalukan ibubapa saya yang kekurangan dengan meminta bantuan dari orang lain. Saya sanggup hidup susah begini daripada ibubapa saya yang dapat malu akan kemiskinan kami(dengan wajah selamba)

Guru:..................senyap sepi dan terdiam akan kata-kata budak darjah 3 berkenaan

Sekian

1 comment:

Fit said...

oh oh oh~~~~~~
sungguh sedih cite ko..