Tuesday, January 18, 2011

Enjit-Enjit Semut


Baru-baru nie ako baru pas tengok wayang citer "Hantu Kak Limah Balik Rumah"
Setelah berdekad ako memboikot cerita melayu yang banyak berunsurkan percintaan dan masalah rumah tangga, tapi sekarang keminatan ako terhadap industri perfileman anak-anak melayu skrang membuat ako ghairah untuk menonton cerita mereka di panggung wayang tanpa membeli cetak rompak seperti mana ako buat sebelum ini.
Dan disebabkan mereka juga ako telah terbeli vcd original "Jangan pandang belakang congkak 2" yang bg ako agak mustahil bagi ako untuk membelinya.


Berbalik pada cerita "Hantu kak limah" ni. Cerita nie ako boleh bagi 5 bintang walaupun ada segelintir rakan ku yang mengatakan ini adalah cerita bodoh. Bagi mereka cerita2 yang seperti di hollywood dan bollywood sudah sejati dalam diri mereka.. Tak mainlah tengok cerita melayu. Bagi ako bagus ceritanya,ako akan pergi menontonnya.. Ceritanya memang super lawak dan sesuai bagi sesiapa untuk mereleasekan tension daripada kehidupan yang fana ini.Dari start smpai habis memang ako bantai gelak..nak kata kering gusi xleh coz ako ada beli pop corn dan air coke set TRON.Dapat free keychain 2.


Macam mana jalan cerita nya,xyahlah ako explain kat sini..Better korang gi tengok..Tapi sejak ako tengok cerita 2 ako terasa agak seram bila dengar lagu "Enjit2 Semut". Tapi bukan tujunan ako tulis nie untuk citer pasal Kak Limah nie.. Ako nak citerkan member ako baru pas kena kaco dowh.. 2 kali lak 2 kat kuantan..
Kali pertama dia kena kaco masa dia tengah drive kat highway kuantan menuju ke pelabuhan. Pukul 3 pagi setelah dia selesai mencari kupu2 malam sambil mendengar radio Hot FM. Dia terasa seperti ada sesuatu mengusap rambutnya keatas dari belakang. Dia fikir masa 2 mungkin angin. Tapi biler dilihat dari cermin belakang,dia lihat rambutnya naik keatas..Ala cuber korang try usap rambut korang keatas..Macam 2 la..xkan angin boleh tolak sampai macam 2 sedangkan dia pakai aircond time 2..Apalagi segera memecut lajula dia kerumah sehingga dia kagum boleh sampoai kerumah dalam masa 15 minit sedangkan perjalanan kerumah mengambil masa 25minit.
Cerita kedua lak masa dia nak balik ke KL.Lalu kat higway. Bukala tingkap coz nak saving minyak kononnya sambil mendengar lagu Siti Nurhaliza. Tengah dia drive,terasa muka dia kegelian seperti ada bulu2 yang berterbangan dia muka.. Klai pertama dia menyapu mukanya tidak mendapat apa2 hasil. Tapi kali kedua dia menyapu.sambil mata kebulatan dia melihat ada serumpun rambut panjang yang berada dia tangannya. Nasib baik masa dia tarik xde kedengaran suara menyebut "Adoi" Dengan perlahan2 dia melepaskan rambut 2 dan berkata "Asal la rambut ako panjang sangat. Mungkin ni rambut Siti ni" Tanpa memberanikan dia dia langsung x melihat kebelakang dan tidak semena2 dia ternampak perhentian Temerloh. Lalu dia berhenti dan solat isyak.

Jadi cerita nie adalah kejadian benar yang diceritakan member ako. Yang membuatkan ako percaya coz kali pertama dia kena kacau samapi dia demam. Dan kali kedua nie ako percaya coz masa dia balik KL ako follow dia dari belakang dan dia sanggup meninggalkan kereta dia untuk balik bersama ako kerana alasan nya kesian ako drive sorang2.

No comments: